Aplikasi Edit Video Terbaik Untuk Android

Pada zaman yang serbah cangih ini, terdapat begitu banyak jenis aplikasi yang disediakan sama ada di Google Play Store ataupun di website-website tertentu. Namun, setiap aplikasi tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. 




Pilihan tersebut bergantung kepada cita rasa kita sendiri. Namun begitu, tahukah anda tentang Aplikasi editing video terbaik untuk pengguna Android?. 

Aplikasi Edit Video Terbaik Untuk Android:

Terdapat 3 jenis aplikasi yang saya fikir terbaik dan sangat sesuai untuk kita menyuntingan video menggunakan Android. Mahu tahu apakah 3 aplikasi editing video terbaik untuk telefon Android? ini dia:

KineMaster - Video Editor:

KineMaster adalah antara yang terbaik dan sangat populer digunakan oleh orang di seluruh negara. Kenapa saya katakan KineMaster ini antara yang terbaik untuk aplikasi editing video? Kerana ia memiliki tetapan yang sangat lengkap untuk kehendak dan keperluan editing video.

Disamping itu, Kinemaster ini sudahpun menyediakan template-template plugin seperti intro, kesan warna, text, transection, sitker, animasi dan sebagainya bagi memudahkan pengguna menyunting video mereka dengan lebih kreatif dan inovatif.

Adobe Premiere Rush — Video Editor:

Adobe Premiere Rush adalah daripada hasil dan karya Adobe sendiri. Bagi mereka yang gemar menggunakan aplikasi editing daripada Adobe ini. Saya yakin, mereka pasti mengenalinya. 

Seperti biasa, Aplikasi Premiere Rush ini adalah sama seperti adobe premiere pro yang mana, ia bersifat secara manual. Maksudnya, kita edit video tanpa sebarang plugin yang disediakan. Jika kita expert menggunakan aplikasi ini, kita boleh hasilkan video lain daripada yang lain berdasarkan idea sendiri.

FilmoraGo - Free Video Editor:

Pernahkah anda dengar tentang Wondershare? iaitu sebuah aplikasi media yang terkenal dalam bidang Publicity. Aplikasi ini saling berkaitan dengan Wondershare filmora. Jadi, kita boleg edit projek file melalui telefon ataupun ke komputer kelak. 

Aplikasi ini, saya fikir antara yang terbaik jugalah kerana ia lebih kurang sama seperti Kanemaster. Namun, sedikit berbeza dalam style editing kerana FilmoraGo ini lebih expert sedikit berbanding dengan KineMaster.

Itulah dia antara 3 aplikasi terbaik setakat ini untuk editing video untuk telefon android. Jika anda mempunyai sebarang penambahan, persoalan dan sebagainya. Jangan malu dan jangan segan untuk tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini. Sekian dan terima kasih!