Semakan Daftar Status Di My Kasih Adalah Scammer Telegram (Mobile)

Hai kamurang sahabat saya sekalian. Baru-baru ne ramai yang tertipu mengenai tektik scammer untuk akses nombor kita di telegram. Contohnya seperti semakan status sumbangan rahmah ini. Ramai yang tertipu ini di telegram terutamanya golongan tua dan yang mengharapkan sumbangan dari kerajaan. Dengan mudahnya skammer ini bertindak. Silap-silap orang tua kita pula yang kena. hemmmmm sedih! 


Macam mana ini berfungsi? kenapa mereka boleh akses whatsapp & telegram kita? jawapan nya adalah kerana kamu sumbit code sms otp kamu ke laman web tersebut. Apabila ia disubmit, maka mereka (scammer) mempunyai akses untuk gunakan nombor telefon anda. Yang lebih bahaya lagi adalah kamu submit nombor ic & nama dan nombor telefon anda. 

Contohnya seperti yang berlaku dalam screenshoot ini. Jadikan ini sebagai pengajaran anda dan sila berwaspada:

Jika anda mempunyai sebarang info memgenai topik ini, jangan malu-malu untuk kongsikan disini ya. Sebagai info dan rujukan kita semua. Terima kasih

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Mencipta Phone Samsung s50 ultra

Cara Memasang PSP Emulator di smartphone Android / IOS